Selasa, 28 Ogos 2018

BENGKEL PUISI KHAS ANJURAN SMK LAMBOR KIRI DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

1.            Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Puisi Khas Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                    Tarikh              : 29 Ogos 2018 (Rabu)
                                    Masa                : 2.00 ptg – 5.00 ptg
                                    Tempat             : Dewan Harmoni SMK Lambor Kiri, Perak
                                    Penceramah     : En Roslan Madun

3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama di pohon untuk menghantar dua peserta sekolah menengah murid tingkatan 4 dan guru pengiring sekolah tuan bagi menghadirkan diri ke bengkel tersebut. Segala urusan makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur sepanjang bengkel .

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi iaitu di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004 Ruj. KP ( BS )8691/Jld. XVII (9) Bertarikh 16 September 2004. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut.


5.         Sebarang pertanyaan,sila hubungi Encik Hasan Bin Ramli , Penolong Kanan Kokurikulum SMK lambor kiri di talian 019 576 1519 .  Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.  Sekian


muat turun

BENGKEL PUISI DAERAH PERAK TENGAH

Tiada ulasan: