Isnin, 13 Ogos 2018

RMT


Guru Besar,
SK/SJKC/SJKT
Daerah Perak Tengah,
(Seperti dalam lampiran 1)


Tuan/Puan,

BENGKEL SEMAKAN BERPUSAT PENGURUSAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) NEGERI PERAK 2018
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Unit HEM JPN Perak (Kebajikan) akan mengadakan Semakan Berpusat Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Negeri Perak 2018 kepada 48 buah sekolah terpilih dalam Daerah Perak Tengah seperti ketentuan berikut :
                                      Tarikh     : 27 Ogos 2018
                                    Masa       : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
                                    Tempat     :   Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah
3.     Sehubungan dengan itu Penolong Kanan HEM sekolah terlibat diminta menghadiri bengkel tersebut mengikut jadual sesi yang telah ditetapkan. Jasa tuan juga dipohon untuk memberi pertimbangan dan kebenaran kepada Guru Penyelaras RMT untuk hadir bersama bagi membantu (sekiranya diperlukan). Sekiranya PK HEM tidak dapat hadir Penolong Kanan yang lain perlu menggantikannya. Mohon untuk pihak tuan muat turun maklumat arahan di Bloghemperaktengah atau di Portal PPD Perak Tengah.
4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN



Tiada ulasan: