Selasa, 25 September 2018

KESIHATAN 2019


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – sekolah Daerah Perak Tengah.



Tuan/Puan,

KURSUS PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH

Dengan segala hormatnya merujuk surat Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah Bil.(86)dlm.P.K.Pk.Tgh.3.18 Jld.2 bertarikh 13 September 2018 adalah dirujuk

2.         Sukacita dimaklumkan satu kursus mengenai SOP dan aktiviti lawatan Unit PKS ke sekolah  oleh pihak Kesihatan daerah akan diadakan pada tarikh dan waktu di bawah :-

                                    Tarikh             : 9 Oktober 2018 ( selasa )
                                    Masa               : 2.00 ptg
                                    Tempat           : Bilik Seminar Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah.
           
3.         Sehubungan dengan itu, guru penyelaras kesihatan sekolah tuan diminta untuk hadir ke kursus tersebut. Tuan dimohon untuk mengisi maklumat guru kesihatan yang akan hadir di google form dalam portal PPD Perak Tengah ataupun Bloghemperaktengah sebelum 27 September 2018.

SILA ISI MAKLUMAT DI BAWAH


5.         Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371


Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: