Rabu, 10 Oktober 2018

PENGUMPULAN DATA PERUNTUKAN KEWANGAN KOKURIKULUM MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM MURID SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH BAGI TAHUN 2018

Tuan,

Sukacita saya merujuk perkara diatas , surat JPNPk.SPK.KOKU600-3/3/8 bertarikh 28 September  2018 yang di terima pada 4 Oktober 2018 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa bahagian kokurikulum murid dan kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengemaskini data peruntukan kewangan kokurikulum murid dalam aktiviti kokurikulum murid sekolah rendah dan sekolah menengah bagi tahun 2018

3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk mengisi data kokurikulum yang diperlukan di dalam tapak data kokurikulum yang disediakan di dalam Portal PPD Perak Tengah untuk tujuan penyelarasan. Tarikh penghantaran data peruntukan kewangan dalam aktiviti kokurikulum sebelum atau pada 21 November 2018

4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas boleh dirujuk kepada pegawai di Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu En Mohd Mokhtar Bin Shaari (05-5015304). Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian,harap maklum.


muat turun

surat pengumpulan data peruntukan kewangan kokurikulum

tapak data peruntukan kokurikulum

Tiada ulasan: