Khamis, 11 Oktober 2018

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH , BOLA JARING 3 SEBELAH DAN SEPAK RAGA RATUS ( BULATAN ) SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH KALI KE ENAM TAHUN 2018



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk..

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan bola sepak 7 sebelah,  bola jaring 3 sebelah dan sepak raga ratus ( bulatan ) sempena Karnival Pendidikan Daerah Perak Tengah akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

      Tarikh                          :   27 Oktober 2018 ( Sabtu )
                        Masa                           :   10.00 pagi
                        Tempat                       :   Padang Sk Iskandar Perdana, Seri Iskandar

3.         Sehubungan itu, disertakan lampiran borang pendaftaran pasukan bagi sekolah – sekolah yang ingin menyertai pertandingan tersebut. Borang pendaftaran pasukan mestilah di hantar pada sebelum atau 19 Oktober 2018 di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.  Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           
4.         Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. 

5.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Bin Yusof , Penolong PPD Ko Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711 273 .Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 Sekian, harap maklum



MUAT TURUN

SURAT PERTANDINGAN

BOLA SEPAK

BOLA JARING

SEPAK RAGA



Tiada ulasan: