Jumaat, 9 November 2018

PEMBANGUNAN SUKAN DAERAH DI BAWAH DISTRICT TRANSFORMATION PROGRAM (DTP) DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018


Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PEMBANGUNAN SUKAN DAERAH DI BAWAH DISTRICT TRANSFORMATION PROGRAM
(DTP) DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa program di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh              :  12 hingga 13 November,  2018
                        Tempat             :  SK Titi Gantung, Bota
                        Masa                :  8.00 pagi - 5.00 petang
                       
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan seperti di lampiran menyertai  program ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebelum meninggalkan tugas, guru diminta untuk menyediakan modul latihan atau tugasan kepada pelajar-pelajar mengikut bilangan hari meninggalkan sekolah.

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;



Tiada ulasan: