Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.
Tuan,
KEJOHANAN BADMINTON SEKOLAH MENENGAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH
DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan
di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh : 29 hingga 30 Januari, 2019
Tempat : Dewan Besar Kolej Felcra Seberang Perak ( Kategori
Perempuan )
Dewan Besar Felcra Seberang Perak ( Kategori Lelaki )
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke
kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan
membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.
4. Sebarang
pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD
Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
*** SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan