Guru
Besar,
Sekolah-sekolah
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN
BOLA BALING SEKOLAH RENDAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH
TAHUN 2019
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat
di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh : 15 Januari, 2019
Tempat :
Bilik Gerakan, SK. Changkat Lada 2
Masa : 3.00 petang
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong
Kanan Kokurikulum / Pengurus Bola Baling sekolah tuan untuk hadir ke
mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Zahadi Bin Sopian, Penyelia Sukan di talian
017-5442508 atau 05-3711273.
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
** Sila muat turun surat di bawah;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan