Rabu, 30 Januari 2019

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  30 Januari, 2019.
                        Tempat             :  Bilik Mesyuarat, SMK Dato Abdul Rahman Yaakub.  
                        Masa                :  3.00 petang
                       
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Olahraga sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Zahadi Bin Sopian, Penyelia Sukan di talian 017-5442508 atau 05-3711273.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

## SURAT MESYUARAT PENGELOLAAN OLAHRAGA MSSD PRK TENGAH 2019

Tiada ulasan: