Rabu, 23 Januari 2019

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019

SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  24 & 25 Januari, 2019
                        Tempat             :  Padang SK Titi Gantung, Bota
                        Masa                :  8.00 pagi – 6.00 petang ( 24 Januari, 2019 )
                                                   2.30 petang – 6.00 petang ( 25 Januari, 2019 )

 3.        Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai tuan seperti Lampiran 1 untuk hadir ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

***SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

## SURAT PENGADIL KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH MSSD 2019

Tiada ulasan: