Selasa, 12 Februari 2019

BENGKEL PERLUASAN PROGRAM ROBOTIK UNTUK PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
(Seperti Lampiran)



Sukacita saya merujuk perkara diatas , surat JPNPk.SPK.KOKU 600-3/5/2/2 bertarikh 7 Februari 2019 yang di terima pada 08 Februari 2019 adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan SASBADI Sdn Bhd dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan program tersebut pada hari dan ketetapan seperti berikut:
                        Tarikh                         :   18 Februari 2019 ( Isnin )
                        Masa                           :   9.30 pagi - 03.00 Petang

                        Tempat                       :   Bilik Tutorial SK Seri Iskandar

3.         Sehubungan itu dipohon kerjasama dan jasa baik tuan agar dapat mencalonkan seorang pegawai tuan untuk berada di tempat program pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Segala makan, minum dan set robotic akan disediakan oleh pihak penganjur.

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi YM Tengku Hazrul Bin Tengku Haizar ( Pengurus Program Korporat (Sasbadi) 0124110646 atau En Yusmahnizam Bin Yusof , Penolong PPD Kokurikulum Akademik ( Menengah ) 0136045091 / 05-3711 273 . Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



MUAT TURUN

SURAT BENGKEL PERLUASAN PROGRAM ROBOTIK

Tiada ulasan: