Khamis, 14 Februari 2019

KEJOHANAN TENIS MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) TAHUN 2019


Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEJOHANAN TENIS MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :   

                        TARIKH              :  18  hingga 21 Februari , 2019
                        LAPOR DIRI      : 18 FEB 2019         MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT LAPOR DIRI     : ARENA TENIS MBI,IPOH
VENUE KEJOHANAN      :  I) GELANGGANG TENIS UNIT SUKAN JPN PERAK,IPOH
                                                        II) ARENA TENIS MBI,IPOH
PENGINAPAN                 : ASRAMA SERI KINTA,IPOH & UNIT SUKAN,JPN PERAK,IPOH
                                                                                   
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS Tenis  En. Zailan b Zakaria di talian 018-354 4352.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


*** SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;


Tiada ulasan: