Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah.
Tuan/Puan,
LAWATAN PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2019
Dengan segala hormatnya perkara
merujuk surat Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah (PKD), Bil(112)dlm.P.K.PK
Tgh.3.18 Jld.2 bertarikh 6 Disember 2018 adalah dirujuk :-
2. Dimaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah akan mengadakan
pemeriksaan kesihatan dan suntikan bagi pelajar sekolah menengah dan sekolah
rendah bagi tahun 2019 di Daerah Perak Tengah seperti di lampiran.
3. Sehubungan
itu, tuan/puan dipohon untuk memaklumkan kepada penolong Kanan HEM/Guru Penolong Kanan HEM serta Penyelaras/Guru
Kesihatan tuan/puan untuk bersedia dengan kehadiran pihak PKD. Pihak tuan
juga perlu menyediakan sebuah bilik yang bersesuaian sewaktu pemeriksaan
kesihatan, suntikan dan rawatan ringan dijalankan. Pihak tuan juga perlu
menggunakan sistem e-RKM untuk pengesahan kehadiran pegawai dari PKD.
4. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara
di atas sila hubungi Encik Razmir bin Ahmad Nordin Penyelia HEM, PPD Perak
Tengah di talian 05-3711273 / 019-5034371 atau terus kepada pegawai PKD Pn
Marina bt Taharim atau Pn Siti Musliha binti Sayed Mohd Hamdan di talian
05-3711891 ext 182. Kerjasama tuan dalam perkara ini
amatlah diharapkan .
Sekian, Terima Kasih.
‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan