Khamis, 14 Februari 2019

LATIHAN PUSAT BADMINTON BAWAH 15 & 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019


SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

LATIHAN PUSAT BADMINTON BAWAH 15 & 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  18 – 20 Februari,  2019
                        Tempat             :  Dewan SMK Dato seri Maharaja Lela, Kg. Gajah.
                        Masa                :  8.00 pagi - 1.00 petang
 3.        Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai tuan seperti Lampiran 1 untuk hadir ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS En. Mohd Nizam b Tajudin di talian
019-434 9946.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


** SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;



Tiada ulasan: