Jumaat, 15 Februari 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019

Semua Pengetua                                                                  
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            :   20 Februari  2019 ( Rabu )
                        Masa               :   2:30 petang
                        Tempat           :   Bilik Mesyuarat SMK Lambor Kiri
                        Agenda  Mesyuarat

                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Wakil PPD
                        3.         Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SM)
                        4.         Taklimat Pertandingan
                        5.         Kewangan
                        6.         Hal-Hal Lain
                        Pengerusi mesyuarat : Pengetua SMK Lambor Kiri

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat Turun

Tiada ulasan: