Selasa, 19 Februari 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Semua Guru Besar                                                              
Sekolah-Sekolah Rendah  Daerah Perak Tengah


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Sahibba Sekolah- Sekolah Rendah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            :   26 Februari 2019 (Selasa)
                        Masa               :   2:30 petang
                        Tempat           :   Bilik Mesyuarat SK Dato Sagor
                       
Agenda  Mesyuarat

                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Wakil PPD
                        3.         Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SR)
                        4.         Taklimat Pertandingan oleh Jurulatih Utama
                        5.         Kewangan
                        6.         Hal-Hal Lain
                        Pengerusi mesyuarat : Guru Besar SK Dato Sagor

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat Turun



Tiada ulasan: