Khamis, 28 Februari 2019

PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH- SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Semua Guru Besar                                                              
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah                 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  11 Mac 2019 ( Isnin )         
                        Masa               :  10.30 pagi (Pendaftaran Peserta) Hakim          
                        Tempat           :  SK Parit , Parit ,Perak

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.        
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273.


Muat Turun

Surat Pertandingan Pantun SR 2019

Minit Mesyuarat Pantun SR

Tiada ulasan: