SEPERTI SENARAI EDARAN
Tuan,
LATIHAN PUSAT KONTINJEN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH
DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Latihan
Pusat di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh : 13 & 14 Mac, 2019
Tempat : SMK Seri Londang
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
3. Sehubungan
itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada
pegawai tuan dan pelajar seperti Lampiran
1 untuk hadir ke latihan pusat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan
keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.
4. Sebarang
pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad
Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS En. Misran b
Mansor di talian
017-545 8239.
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan