Semua
Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak
Tengah
Dengan segala hormatnya merujuk kepada
perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa
Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Daerah
Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh
: 12 Mac 2019 ( Selasa )
Masa
: 10.30 pagi
Tempat :
SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan, Perak
3. Sehubungan dengan itu mohon jasa baik
tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan
pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala
perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah
masing-masing.
4. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa
pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang
mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu
bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Encik
Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam
menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
MUAT TURUN
surat pertandingan bahas bahasa inggeris
Borang Penyertaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan