Rabu, 13 Mac 2019

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019

Pengetua                                                                   
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Perak Tengah akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  19 & 20 Mac 2019 ( Selasa & Rabu  )      
                        Masa               :  11.00 pagi ( Pendaftran dan Taklimat Hakim) Hakim  
                        Tempat           :  SMK Lambor Kiri , Lambor Kiri , Perak

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.Tuan boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling kewangan yang berkuatkuasa sekarang.        

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273.. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Muat Turun

Tiada ulasan: