SEPERTI SENARAI EDARAN
Tuan,
PEMILIHAN DAN LATIHAN PUSAT KONTINJEN RAGBI BAWAH 12
TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Latihan
Pusat di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh : 23 hingga 25 April, 2019
Tempat : Padang SK Seri Cempaka
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
3. Sehubungan
itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada
pegawai tuan dan pelajar seperti Lampiran
1 untuk hadir ke latihan pusat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan
keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.
4. Sebarang
pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad
Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS En. Mohd Shamim
b Ariffin di talian
013-361 8470.
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;
### SURAT LATIHAN PUSAT RAGBI BWH 12 TAHUN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan