Selasa, 9 Julai 2019

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH.

Assalamualaikum,

Tuan,

BAYARAN TAMBAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2019 KEPADA MURID SEKOLAH KERAJAAN(SK) DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN(SBK)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bayaran Tambahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah disalurkan ke sekolah di dalam senarai lampiran pada 28 Mei 2019.

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk melaksanakan agihan dengan kadar segera kepada murid yang layak berdasarkan Surat Siaran dan Garis Panduan BAP tahun 2019.

4.         Tuan juga dimohon untuk mengembalikan lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan melalui cek atas nama ’ Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan’ dengan kadar segera.

5.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelia Kanan HEM / Penyelia HEM di daerah masing-masing atau Penyelia Kebajikan JPN Perak, Cik Ruziah Binti Ab Majid, di talian           05-5015142 / 017-8842306.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,


SILA MUAT TURUN DI BAWAH

Tiada ulasan: