Jumaat, 5 Julai 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PENGERUSI PERTANDINGAN BAGI KARNIVAL TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah
( Seperti Lampiran )


Tuan/Puan


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pengelolaan Karnival Teknologi Hijau Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh              :  11 Julai 2019 ( Khamis )
                        Masa                            :  2.30 petang
                        Tempat             :  Bilik Mesyuarat SMKA Sultan Azlan Shah
                       
                        Pengerusi Mesyuarat : Pengetua SMK Sultan Azlan Shah

3.         Sehubungan itu mohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dari sekolah tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut.Sebarang pertanyaan sila hubungi  Encik Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711 273.

4.         Kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,harap maklum.


muat Turun

surat mesyuarat KITH

Tiada ulasan: