Isnin, 1 Julai 2019

YURAN TAHUNAN PSKPP PERAK (PERAK TENGAH) TAHUN 2019

Semua  Pegawai dan Staf Sokongan,
PPD. Perak Tengah.

Semua  Pengetua/ Guru Besar,
Guru-Guru dan Staf Sokongan,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.

Pengarah, 
Kolej Vokasional Seri Iskandar.

Tuan, 

YURAN TAHUNAN PSKPP PERAK (PERAK TENGAH) TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan mengenai pungutan Yuran Tahunan PSKPP Perak Tengah bagi tahun 2019.

2.             Sehubungan dengan itu, Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Perak sedang berusaha untuk menarik seberapa ramai pegawai dan anggota Perkhidmatan Pendidikan yang sedang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan untuk menganggotai persatuan ini.

3.               Oleh yang demikian, sukacita saya menyarankan agar setiap ketua jabatan mengambil inisiatif yang sewajarnya supaya semua guru dan staf sokongan di sekolah tuan dapat membayar  Yuran Tahunan PSKPP Perak.

4.                 Bagi tujuan ini, tuan selaku Pengetua/Guru Besar diminta mengutip Yuran Tahunan PSKPP Perak sebanyak RM 5.00 (Ringgit Malaysia : Lima Sahaja) seorang. Sebarang pertanyaan sila hubungi  En Ahmad Zahadi bin Sopian, Penyelia Sukan ditalian 017-5442508 /  05-3711 273.

5.                  Bagi memudahkan pengurusan pengangkutan, bayaran hendaklah dibuat melalui cek atau bayaran tunai atas nama ‘PSKPP DAERAH PERAK TENGAH’ beserta dengan borang PSKPP YT 2019.

Kerjasama, sokongan dan sumbangan yuran PSKPP tuan amat dihargai dalam menjayakan usaha untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan ke arah kecemerlangan terutama dalam aspek kecemerlangan sukan bagi negeri Perak.

Sekian, terima kasih


SILA MUAT TURUN SUARAT DI BAWAH;

*** SURAT YURAN TAHUNAN PSKPP TAHUN 2019

Tiada ulasan: