Pengetua,
Sekolah – Sekolah,
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
PRESTASI PENERIMA SKIM BIASISWA
PELAJARAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT MELAYU PERAK
Dengan hormatnya
perkara diatas adalah dirujuk dan surat JPN bertarikh 9 Ogos 2016 rujukan :
J.Pel.Pk(HEM)5128/6/1/1 Jld. 2(2) adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak MAIPK sedang
menjalankan pemantauan prestasi akademik
penerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK di bawah peruntukan asnaf
fakir miskin. Sehubungan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk mendapatkan
maklumat dan melengkapkan prestasi murid yang menerima Skim Bantuan Biasiswa
bagi sekolah di bawah tadbiran tuan.
3. Sila
muat turun senarai nama murid yang terlibat serta format pelaporan di bawah dan kembalikan dalam bentuk softcopy ke email hemperaktengah@gmail.com sebelum
atau pada 15 Ogos 2016.
4. Sebarang
pertanyaan boleh hubungi En.Razmir b. Ahmad Nordin di talian
013-5072246.
Kerjasama
dan keperihatinan dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai .
Sekian,
terima kasih.
Muatturun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan