PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE DI
SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
Pengarah Kolej Vokasional/Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah
Daerah Perak Tengah
(up:
PK HEM/GK HEM)
Tuan
PELAKSANAAN
SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
Dengan
segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat dari Kementerian Pendidikan
Malaysia KPMSP.600-14/1/59(74) bertarikh 23 Mac 2016 adalah berkaitan untuk
perhatian dan tindakan tuan.
2.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui
laman sesawanghttps://spks.moe.gov.my/ untuk
penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan
melengkapkan instrumen sebanyak 2 kali dalam setahun:-
i) Fasa 1 : bermula 1 April 2016 hingga 30 April
2016
ii) Fasa 2: bermula 1 Ogos 2016 hingga 31
Ogos 2016
3.
Bersama-sama ini disertakan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia
KPMSP.600-14/1/59(74) bertarikh 23 Mac 2016.
Sekian,
terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan