Pengetua,
Sekolah-sekolah
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
KEJOHANAN HOKI BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH
(MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan
di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh :
18 April, 2017 ( Selasa) - Perempuan
19 April, 2017 ( Rabu ) - Lelaki
Tempat :
Padang Hoki KTM, Batu Gajah
Masa :
8.00 pagi - 6.00 petang
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke
kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebelum
meninggalkan tugas, pegawai diminta untuk menyediakan modul latihan atau
tugasan kepada pelajar-pelajar mengikut bilangan hari meninggalkan sekolah. Pihak tuan diminta memastikan
peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.
4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung
dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian
05-371 1273 / 017-5442508
Perhatian dan kerjasama
tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;
SURAT KEJOHANAN HOKI MENENGAH (BWH 18 TAHUN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan