Selasa, 4 April 2017

KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017


Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD)  PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  20 April,  2017 ( Khamis )
                        Tempat           :  Padang Hoki KTM, Batu Gajah
                        Masa               :  8.00 pagi - 6.00 petang

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebelum meninggalkan tugas, pegawai diminta untuk menyediakan modul latihan atau tugasan kepada pelajar-pelajar mengikut bilangan hari meninggalkan sekolah. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

SURAT KEJOHANAN HOKI BWH 12 TAHUN

Tiada ulasan: