Rabu, 5 April 2017

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI KEJOHANAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017



SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI KEJOHANAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Tn / Pn / En .................................................................
dari sekolah tuan telah dilantik sebagai URUS SETIA / PTPS / PENGADIL dalam Kejohanan Hoki (MSSD) Perak Tengah Tahun 2017 pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  18, 19 & 20 April, 2017
                        Tempat           :  Padang Hoki KTM, Batu Gajah
                        Masa               :  8.00 pagi - 6.00 petang

3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai tuan seperti Lampiran 1 untuk hadir ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebelum meninggalkan tugas, pegawai diminta untuk menyediakan modul latihan atau tugasan kepada pelajar-pelajar mengikut bilangan hari meninggalkan sekolah.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.



SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

1) SURAT PEGAWAI DAN PENGADIL HOKI

2) SENARAI NAMA PEGAWAI DAN PENGADIL HOKI


Tiada ulasan: