Khamis, 25 Julai 2019

PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua                                                                   
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Tuan,


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Drama Bahasa Inggeris Sekolah - Sekolah  Menengah Daerah Perak Tengah  Tahun  2019 akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  01 Ogos 2019 (Khamis)    
                        Masa               :  10.00 pagi (Pendaftaran )Hakim 
                        Tempat           :  Dewan SMK Dato Seri Maharaja Lela

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian .

Muat Turun

surat pertandingan 

lantikan hakim

Tiada ulasan: