Guru Besar
Sekolah-Sekolah
Rendah Daerah Perak Tengah
Tuan,
Dengan
segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Pertandingan Tarian Dan Nyanyian Solo Sekolah-Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Perak Tengah bagi tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 23
Julai 2019 (Selasa )
Masa :
1.00 Tengah Hari (Pendaftaran )
Tempat :
Dewan Smk Dato Abdul Rahman Yaakub
3. Sehubungan
dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat
memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari
sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan
menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
4. Pihak
tuan diminta memastikan peraturan
keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis
daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik
Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711273.
Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan
program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian .
Muat Turun
surat pertandingan tarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan