Selasa, 5 November 2013

PERTANDINGAN MEMASAK DAN GUBAHAN SEMPENA KARNIVAL

Syarat Pertandingan Memasak
1. Terbuka kepada Ahli PSKPP ( Perempuan )
2. Setiap kumpulan tidak melebihi 3 orang
3. Tema “ Masakan Tradisional Negeri Perak Berasaskan Durian “ untuk makan tengah hari
4. Kesemua alatan,  bahan mentah memasak dan menghidang disediakan oleh peserta
5. Menu terdiri daripada :
a.       Masakan utama bertemakan durian
b.      Pencuci mulut
c.       Minuman
d.      Hidangan tambahan
6.Tempoh menyedia, memasak dan menghidang adalah 1 jam ( 10.00 pagi – 11.00 pagi )
a.       Menu utama dimasak di tempat pertandingan
b.      Lain-lain menu tambahan boleh disediakan terlebih dahulu
7. Kesemua bahan dan ramuan memasak termasuk bahan hiasan, kerja menyiang, membersih, mengisar, mengukir, mengupas boleh disediakan sebelum pertandingan
8. Peserta perlu memakai apron
9.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kehilangan nyawa dan harta benda serta sebarang kecurian sebelum, semasa dan selepas pertandingan
10. Penilaian
Kategori
Markah
Rasa
50
Kreativiti
15
Kerjasama
10
Kebersihan
10
Persembahan
15


11. Dapur disediakan oleh PPD Perak Tengah


Syarat Pertandingan Gubahan
1. Terbuka kepada Ahli PSKPP ( Perempuan )
2. Setiap kumpulan tidak melebihi 3 orang
3. Tema “ Gubahan Hantaran Perkahwinan “
4. Kesemua alatan disediakan sendiri oleh peserta
5. Gubahan berasaskan kain atau tuala
6. Tempoh menggubah adalah 1 jam. (10.00 pagi – 11.00 pagi)
7.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kehilangan nyawa dan harta benda serta sebarang kecurian sebelum, semasa dan selepas pertandingan
8. Penilaian
Kategori
Markah
Kreativiti
50
Ikut Tema
15
Kekemasan
15
Persembahan
20

Hadiah menarik untuk Pemenang Utama Pertandingan Memasak
Wang Tunai
Plak
Sijil
Percutian 2 Hari 1 Malam – sebuah apartmen disediakan










Tiada ulasan: