Khamis, 14 November 2013

PROGRAM PENATARAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 2013

Semua Guru Besar,

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PROGRAM PENATARAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 2013 UNTUK KAUNSELOR / GURU BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK

Sukacita dimaklumkan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sektor Pengurusan Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan program penataran berkaitan dengan Pentaksiran Psikometrik Aptitud Am  akan diadakan bagi tujuan melatih semua Kaunselor / Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah Rendah berkenaan pentaksiran yang tersebut.

2.         Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

            2.1.   Tarikh     :     21 November 2013 (Khamis)

            2.2.   Masa       :     8.00 pagi – 12.00 tengahari

            2.3.   Tempat   :     Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

3.         Mohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan kaunselor atau guru bimbingan kaunseling sekolah tuan (seorang sahaja bagi setiap sekolah) untuk hadir ke program yang tersebut. Semua peserta  digalakkan untuk berkongsi kereta. Kehadiran adalah wajib.

4.         Surat siaran dan jadual program yang berkenaan boleh dimuat turun di pautan di bawah :
https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpRd2loTGtaa1dXaXc/edit?usp=sharing

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: