Khamis, 30 Januari 2014

PERUBAHAN PENGHANTARAN SMA KALI PERTAMA TAHUN 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Asrama Harian Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KUTIPAN DATA SISTEM MAKLUMAT ASRAMA (SMA) KALI PERTAMA TAHUN 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Maklumat Asrama perlu dikemaskini berakhir 31 Januari 2014.

3.            Mohon kerjasama pihak tuan agar dapat memastikan data murid dalam Sistem Maklumat Asrama (SMA) dikemaskini dengan tepat berdasarkan murid-murid di sekolah tuan pada 31 Januari 2014.

4.            Data SMA yang telah siap perlulah diemelkan ke hemperaktengah@gmail.com  selewat-lewatnya 08 Februari 2014.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: