Sabtu, 1 Februari 2014

PENGURUSAN BIASISWA TAHUN 2014 – TINDAKAN GURU BIASISWA/KELAS SEGERA

Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

Pengurusan Biasiswa Tertanggung Tahun 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa proses pengemaskinian Murid Tertanggung Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) bermula dari 27 Januari 2014 hingga 28 Februari 2014. Mohon guru biasiswa mengemaskini maklumat murid penerima biasiswa tertanggung dengan segera.
Pautan ke aplikasi APB


3.  Guru kelas perlu mengemaskini maklumat murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk permohonan BKP dan BKPU Tahun 2014. Kegagalan mengemaskini maklumat murid dalam APDM akan menyebabkan murid di sekolah tuan gagal untuk memohon BKP dan BKPU Tahun 2014.

4.  Proses memasukkan data permohonan BKP/BKPU Tahun 2014 secara online ialah pada 5 – 11 Mei 2014. Bagi tingkatan  6 rendah, proses memasukkan data permohonan BKPU secara online Tahun 2014 ialah pada 7 – 13 Julai 2014.

5.  Sila muat turun bahan taklimat dan proses kerja di bawah. Sila bawa cetak bahan yang telah dimuat turun dan bawa bersama ketika sesi taklimat yang akan diberitahu kelak.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: