Selasa, 25 Mac 2014

KURSUS MENINGKATKAN PENGURUSAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Pengetua Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah,
Pengetua Sekolah-sekolah Daerah Manjung,
Pengetua Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar,

Tuan,

KURSUS MENINGKATKAN PENGURUSAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK TAHUN 2014 DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP)

Perkara di atas adalah di rujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Meningkatkan Pengurusan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh            : 02 April 2014
Masa              : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat          : Dewan Al-Biruni, PPD Perak Tengah
Pendaftaran : 8.00 pagi

Sehubungan itu, Penolong Kanan HEM di sekolah tuan dijemput hadir tanpa sebarang keuzuran.

Bahan taklimat pada 2 April 2014 boleh dimuat turun dengan pautan di bawah :

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM,

PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: