Khamis, 20 Mac 2014


Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

HEBAHAN DAN JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH WILAYAH UTARA 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/4/Jld.9(7) bertarikh 25 Februari 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara akan menganjurkan program tersebut yang melibatkan sekolah menengah seluruh negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Pihak sekolah dikehendaki menghantar dua (2) naskhah majalah sekolah terbitan tahun 2013 beserta salinan sajak dan puisi terbaik untuk pencalonan anugerah. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun 2014.


4.         Sebarang pertanyaan berhubung maklumat kertas konsep dan borang penyertaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia program , YM Tengku Fauziah binti Ku Mat di  alamat emel tengku@dbp.gov.my

Tiada ulasan: