Selasa, 18 Mac 2014

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

PERTANDINGAN NATIONAL SCIENCE CHALENGGE (NSC) 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/5/10/Jld.12(16) bertarikh 14 Mac 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Akademi Sains Malaysia akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan Empat aliran sains sahaja.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan pada 25 Mac 2014. Urusan pendaftaran dan maklumat lanjut sila layari laman web www.nsc.my.

4.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia pertandingan, En.Asyraf bin Saedon di talian 03-62030633

Kerjasama tuan dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: