Selasa, 18 Mac 2014


 


    
Tarikh    :   18 Mac 2014

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

AKTIVITI NATIONAL ROBOTIC COMPETITION(NSC) 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/5/2/Jld.4(37) bertarikh 14 Mac 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Sasbadi Sdn.Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia  akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini terbuka kepada semua murid sekolah di sekolah menengah di seluruh negara.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2014. Urusan pendaftaran dan maklumat lanjut sila layari laman web http://nrc.sasbadi.com

4.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia pertandingan, En.Noor Faiz bin Zulkiflee di talian 012-5796886.

Kerjasama tuan dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.



Tiada ulasan: