Selasa, 1 April 2014

Tarikh 1 April 2014

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

UJIAN BERTULIS SERENTAK SELURUH NEGARA BAGI PROGRAM  KECEMERLANGAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH PO LEUNG KUK(PLK) 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.BKK(KOKU)100-16/12/05 Jld.2(32) bertarikh 24 Mac 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikukulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kedah  akan mengadakan satu ujian bertulis sebagai persediaan awal bagi memilih peserta ke Po Leung Kuk (PLK) Primary World Contest (PMWC) yang dijangka berlangsung pada 15 hingga 19 Julai 2014 di Hong Kong, China.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menjalankan ujian tersebut pada 3 April 2014(Khamis) di sekolah tuan kerana ia dijalankan secara serentak di seluruh Negara. Kertas-kertas soalan ini hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Kedah(u.p: Encik Mafezzul bin Mohamad) pada atau sebelum 08 April 2014.

4.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai dibahagaian ini, En.Alias bin Yoop  di talian 03-88721629/emel: alias.yoop.moe@gov.my

Kerjasama tuan dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai.

 


Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: