Isnin, 14 April 2014

Taklimat Pengurusan Kebajikan dan Kehadiran Murid Kepada PK/GK HEM

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

TAKLIMAT PENGURUSAN KEBAJIKAN DAN KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH BAGI MEMANTAPKAN PENGURUSAN HEM DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan taklimat kepada semua Penolong Kanan HEM/Guru Kanan HEM pada ketetapan di bawah :
          Tarikh                        :  23 April 2014
            Masa              :  2.00 ptg – 5.00 ptg
            Tempat          :  Dewan Al-Biruni, PPD Perak Tengah
           
3.       Sehubungan dengan itu pihak PPD Perak Tengah memohon jasa baik pihak tuan memberi pelepasan kepada PK HEM/GK HEM sekolah tuan untuk hadir ke taklimat ini. Sila bawa bersama maklumat :
  1. Bilangan penerima RMT Tahun 2014
  2. Peratus Kehadiran Murid Tahun 2014 bagi bulan Januari, Februari, Mac                    ( rujuk lampiran )
Klik pautan di bawah untuk muat turun lampiran
lampiran
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

Tiada ulasan: