Selasa, 15 April 2014

Permohonan Pertukaran Sekolah dan Garis Panduan Kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah

BORANG PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH OLEH MURID WARGANEGARA – P.U.(A) 275 JADUAL KETIGA YANG BAHARU DAN GARIS PANDUAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

BORANG PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH OLEH MURID WARGANEGARA – P.U.(A) 275 JADUAL KETIGA YANG BAHARU DAN GARIS PANDUAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga yang baharu bagi tujuan permohonan bertukar sekolah oleh murid warganegara dan selaras bagi seluruh sekolah menengah di negeri Perak boleh dimuat turun melalui laman sesawang Unit Pengurusan Pembangunan Manusia PPD Perak Tengah
Klik pautan di bawah untuk muat turun Borang P.U.(A) 275


3.         Berikut disertakan juga garis panduan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2014 untuk tindakan dan makluman pihak sekolah.
Klik pautan di bawah untuk muat turun Garis Panduan Kemasukan Murid ke tingkatan Enam Bawah

4.         Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara tersebut amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


 Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 Ayub Zamri Bin Halimi
Penolong PPD Menengah(Pengurusan Murid)
Pejabat Pendidikan Daerah

Perak Tengah.

Tiada ulasan: