Jumaat, 2 Mei 2014

KURSUS KEPADA JURULATIH UTAMA BAGI MENINGKATKAN PROFESIONALISME PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) SEKOLAH RENDAH MELALUI PROGRAM KITA BOLEH

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

KURSUS KEPADA JURULATIH UTAMA BAGI MENINGKATKAN PROFESIONALISME PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) SEKOLAH RENDAH MELALUI PROGRAM KITA BOLEH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.            Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kursus Kepada Jurulatih Utama Bagi Meningkatkan Profesionalisme Penolong Kanan (HEM) Sekolah Rendah akan diadakan pada ketetapan di bawah :
                Tarikh    :  08 Mei 2014
                Masa                     :  8.00 pagi – 5.00 petang
                Tempat                :  Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
               
3.            Sehubungan dengan itu pihak PPD Perak Tengah memohon jasa baik pihak tuan memberi pelepasan kepada PK HEM sekolah tuan untuk hadir ke kursus ini. Waktu pendaftaran adalah pada jam 7.30 pagi. Para guru dinasihatkan datang lebih awal.

4.            Jadual kursus dilampirkan.(Lampiran 2). Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan boleh berhubung dengan En. Ahmad Zakuan b. Hj. Mohd Razi, Penolong PPD HEM Daerah Perak Tengah di talian 05-3711273.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Senarai yang terlibat :
1.            En. Zahari b. Omar
                Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling
2.            En. Nursyahri Faizal b. Ahmad Mokhtar 
                Penyelia HEM
3.            En. Mohd Fairus b. Abdul Rahman           
                Penyelia PPDa
4.            Tn. Hj. Zainal Ariffin b. Mohd Zabidi
                PK HEM SK Seberang Perak
5.            En. Ahmad Humairi b. Razali       
                PK HEM SK Chenderung Kelubi
6.            En. Zakaria b. Mohd Daud                           
                PK HEM SK Pulau Tiga Kiri
7.            En. Abdullah Radzi b. Abbas       
                PK HEM SK Tanjong Belanja
8.            En. Nurul Hisham b. Sabarudin
                PK HEM SK Layang-layang Kiri
9.            Pn. Asmah bt. Idris                         
                PK HEM SK Pasir Gajah
10.          Pn. Norlaily bt. Mohamad                           
                PK HEM SK Bota Kiri
11.          Pn. Ismawati bt. Ismail  
                PK HEM SK Lambor Kiri
12.          Pn. Siti Lailatul Saadah bt. Harun
                PK HEM SK Bota Kanan
13.          Pn. Rogayah bt. Hj. Jaafar                            
                PK HEM SK Layang-layang Kanan
14.          Pn. Marina bt. Tun Azhar             
                PK HEM SK Iskandar Shah
15.          Pn. Salina bt. Ahmad                     
                PK HEM SK Tok Pelita
16.          En. Zulkifli b. Wan Zainan
                Guru Muzik SK Seri Iskandar
17.          En. Jamal Ikhsan b. Mohd Noor

                Guru Muzik SK Iskandar Perdana

Tiada ulasan: