Jumaat, 25 Julai 2014

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH 2014 -2016

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH TENDER MULAI 1 DISEMBER 2014 HINGGA 30 NOVEMBER 2016

Merujuk perkara di atas.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sekolah-sekolah yang perjanjian tamat pada tahun 2014 perlu melaksanakan buka sebut harga baru bagi tempoh seperti di atas. Walau bagaimana pun jika terdapat permohonan daripada pengusaha melanjutkan Tempoh setahun lagi (2+1bagi tahun 2015), maka Jawatankuasa perlu bermesyuarat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.

3.         Justeru itu bagi sekolah-sekolah yang akan melaksanakan sebut harga kantin bagi
tempoh 1Disember 2014 hingga 30 November 2016 perlu kantinnya kantin untuk pemilih
mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Pihak sekolah hendaklah mengeluarkan Tawaran bebut Harga dan menyediakan Borang Sebut Harga mengikut prosedur pengurusan Buka Sebut Harga Kantin sekolah. (Rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2011).

Sila klik pautan di bawah muat turun surat dan panduan dengan jelas:

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: