Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.
Tuan,
SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 2014
Merujuk perkara di atas.
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di
atas.
2. Sukacita
dimaklumkan, Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan sejak
tahun 2010 untuk meningkatkan taraf kesihatan
dan pemakanan murid-murid sekolah rendah
di samping membantu meningkatkan kecemerlangan
minda. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan
Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut pada 24 September 2014.
3. Sambutan ini bakal melakar sejarah dalam Malaysia
Books of Records (MBoR) sebagai
acara minum susu secara serentak di seluruh negara
yang akan melibatkan 1.4 juta murid.
4. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengambil
tindakan seperti berikut;
4.1 Melaksanakan
Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2014 pada 24 September 2014 (Rabu).
4.2 Semua
murid yang layak hendaklah meminum susu serentak pada masa yang ditetapkan.
4.3 Pihak
sekolah hendaklah menyediakan Senarai Nama Murid Yang Menerima Program
Susu 1Malaysia (PS1M) dalam bentuk soft copy Ms
office Excel fonts 11 Times New Roman dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah
Perak Tengah ke emel hemperaktengah@gmail.com
pada atau sebelum 13 Ogos 2014. Cetakan
yang disahkan oleh Guru Besar juga perlu dihantar ke PPD Perak Tengah.
Surat arahan dari Jabatan Pendidikan Perak
Borang yang perlu diisi dan diemelkan
Sekian, terima kasih.
Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM, PPD Perak Tengah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan