Khamis, 31 Julai 2014

PENGURUSAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

DATA PENGURUSAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diminta memantau pelaksanaan aktiviti pengurusan pembangunan disiplin dan keselamatan murid di peringkat sekolah.

3.       Mohon pihak sekolah mengambil tindakan seperti berikut :
  1. Muat turun Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1) dari Portal PPD Perak Tengah atau blog hemperaktengah.blogspot.com
  2. Mengisi maklumat seperti di dalam Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1).
  3. Menghantar Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1) dalam bentuk softcopy dan cetakan. Softcopy emelkan ke hemperaktengah@gmail.com pada atau sebelum 12 Ogos 2014.
4.       Pautan untuk muat turun  Borang Pengurusan Disiplin (BPD1)
          a)  Sekolah Rendah

          b)  Sekolah Menengah

5.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian 013-5159012.

Sekian,

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: