Jumaat, 1 Ogos 2014

HEBAHAN


Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

PERADUAN MENGARANG ESEI 2014, PENCETUS MINDA KEMERDEKAAN ANJURAN JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/4/8(50) bertarikh 22 Julai 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Negeri Perak akan menganjurkan peraduan yang bertujuan untuk menggalakkan penulisan yang baik, pemikiran yang kritikal serta kefahaman masyarakat mengenai sejarah negara, isu-isu semasa dan kecintaan kepada negara.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Penerangan Daerah/Negeri atau lawati laman sesawang Jabatan Penerangan Negeri Perak http://www.penerangan.com.my/perak. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2014.

4.         Sebarang pertanyaan berhubung borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia program ditalian 05-5422500.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: