Jumaat, 3 Oktober 2014

Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Perak Tengah

PERTANDINGAN SENI VISUAL"PETRONAS ANNUAL ART COMPETITION2014"
TEMA:"ENERGY-PRESENT & FUTURE" DI GALERI PETRONAS

Sukacita merujuk kepada perkara di atas,surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk.(KOKU)4531/5/Jld.13(15) bertarikh 29 September 2014.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Galeri Petronas, Petroliam Nasional Berhad dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, akan menganjurkan Pertandingan Seni Visual-"Petronas Annual Art Competition 2014" yang bertemakan "Energy-Present & Future" yang berlangsung dari 16 September 2014 hingga 15 Februari 2015 bertempat di Galeri Petronas. Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat muda dari golongan belia berusia 13 tahun hingga 35 tahun disamping membantu memupuk perkembangan seni di Malaysia dengan menyediakan platform untuk warga tempatan dan juga antarabangsa bagi mempamerkan hasil seni mereka.

3.     Sehubungan dengan itu pihak sekolah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Walaubagaimanapun pihak sekolah hendaklah mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa berkenaan dengan penglibatan murid-murid sekolah dalam program atau anjuran agensi-agensi selain daripada agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebarang pertanyaan berkaitan borang dan syarat pertandingan hubungi En Ahmad Azuwan bin Ismail, Pen Ppd Kokurikulum Akademik(Men) di talian 013-4365511 atau urusetia pertandingan Pn.Shuryati Datuk Shuaib di talian 03-23317736/012-22`82076.

Sekian untuk makluman dan tindakan.

Tiada ulasan: