Khamis, 2 Oktober 2014

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN 2015

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN 2015

PK HEM/Guru Penyelaras Tahun 6
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah

Tuan,

MAKLUMAN BERKAITAN PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa  permohonan ke Sekolah Kawalan akan ditutup pada 07 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mohon PK HEM/Penyelaras Tahun 6 memastikan permohonan murid dalam APDM-Sekolah Kawalan telah diambil tindakan berikut oleh Guru Kelas iaitu menghantar permohonan dengan mengklik butang cetak dan serah permohonan pada paparan Semak Permohonan sebelum atau pada 07 Oktober 2014 (Selasa).
3.         Guru Kelas Tahun 6 akan melengkapkan maklumat akademik untuk permohonan murid beragama Islam ke SMKA/KAA mulai 08 Oktober 2014 sehingga 22 Oktober 2014. Sijil Pendidikan Islam ( Markah Ujian Khas/Ujian Pengesanan Al-Quran dan Tulisan Jawi dan Markah Jawi, Bahasa Arab dan Al-Quran ) adalah wajib diisi ( syarat kemasukan ke SMKA/KAA ). Setelah lengkap sila tandakan √ (maklumat akademik murid sudah lengkap) dan klik butang serah.
4.         Guru Besar/PK HEM boleh membuat pengesahan permohonan Sekolah Kawalan mulai 08 Oktober 2014 sehingga 22 Oktober 2014. Guru Besar/PK HEM perlu menggunakan Id pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan oleh admin sekolah dalam sistem APDM.
5.         Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah  diserahkan kepada Guru Besar dan perlu disimpan oleh pihak sekolah sebagai rujukan.
6.         Sebarang pertanyaan berkaitan Sekolah Kawalan, pihak tuan boleh menghubungi En. Ayub Zamri Bin Halimi, Penolong PPD Menengah (Murid) ditalian 012-5423667 atau 05-3711273.


Sekian untuk makluman dan tindakan. 

Tiada ulasan: