Selasa, 4 November 2014

HEBAHAN


Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

JEMPUTAN DAN HEBAHAN PROGRAM FESTIVAL SAINS DI PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN WILAYAH UTARA BAGI SESI 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/5/Jld 13(26) bertarikh 30 Oktober 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara akan mengadakan satu festival Sains bermula 8 hingga 11 November 2014. Program yang bertemakan Science & Toys III(Main Main Mainan) menghimpunkan pelbagai pameran, sains interaktif, aktiviti dan permainan yang amat menarik untuk disertai semua lapisan masyarakat di wilayah utara.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai festival ini. 

4.         Sebarang pertanyaan berhubung borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan boleh hubungi Pn Siti Aminah binti Abd Razis di talian 04-7353373 atau emel: sitiaminah@psn.gov.my.

Sekian, terima kasih.



Tiada ulasan: